Buat kali ke 2 Penulis telah ke eropah pada 22 April 2007 sehingga 5 Ogos 2007 selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Mac 2007…Penulis masih lagi menetap di tempat sama di Livorno, Itali…Pengalaman pada kali ini amat menarik dan tak mudah untuk dilupakan…Tempat2 menarik yang dilawati masih diulangi pada tempat yang sama kecuali terdapat tambahan tempat seperti Zurich (Switzerland), Paris,Cannes,Nice (France), Monte Carlo (Monaco), Munich (Germany), Ljubljana (Slovenia), Zagreb (Croatia), London (England), Pompei, Ponte Di Legno, Genova, Milan, La Spezia, dan Nove (Itali). Semua tempat yang dikunjungi adalah dengan menaiki kereta yang dipandu sendiri kecuali Paris dan London.
Tips penulis:
1) Perjalanan dari Livorno ke Zurich mengambil masa 10 jam….di border, bagi pengguna kereta hendaklah membeli stiker untuk ditampal pada cermin kereta sebagai pas kenderaan masuk ke Switzerland…penulis tak berapa ingat berapa yang perlu bayar…boleh dibayar dengan duit Euro…di Zurich, terdapat Masjid dan Pusat Islam di jalan Ausstellungsstrasse..penduduk islam di situ terdiri daripada bangsa arab dan ada yang kerek sikit …mungkin sebab penulis x reti cakap bahasa arab la kot takpun bukan bangsa arab…apapun penulis wat dono je la…tapi yang bestnya kat pusat islam ada kedai runcit dan kantin..Kebab pun ada dijual di situ…Penulis mengambil peluang untuk merasa kebab Zurich…Nasib baik derang terima duit Euro…sepatutnya kene guna matawang Swiss Franc..bagi peminat Cuckoo Clock boleh la mendapatkannya di sini… :p
2) Paris….Penulis ke sana dengan menaiki kapal terbang dari Airport Pisa ke Airport Charles De Gaulle…Tambang dah tak ingat la…Penulis menginap di Best Western Hotel Louvre Saint, Rue Saint Honoré dekat dengan Museu Du Louvre tempat potret monalisa tersimpan…Malaysia Tourism Office terletak di Rue Des Pyramides….dan di sepanjang Avenue De L’Opera berhampiran dengan Tourism Office terdapat pelbagai kedai-kedai untuk window shopping..dan di akhir jalan itu terdapat sebuah Paris Opera…rasanya macam Istana Budaya kot takpun macam Royal Albert Hall…sebelah kanan opera tu terdapat susur jalan ke arah Galeri La Fayette…Semua mesti tau sapa itu La Fayette kan…Orang Kaya Arab…macam Sogo jugak la tempatnya…all branded items dijual kat situ…Penulis juga tidak keberatan untuk pergi ke Rue Blanche (Jalan Blanche) di mana terletaknya restoran eksklusif…untuk tempat orang kaya2 makan…Moulin Róuge.. Nak masuk pun kene pakai coat atau tuxedo..kalau tak kene tendang kuar la dengan bodyguard kat situ…tak dapat la penulis nak masuk…penulis just dapat tengok ferries wheel ja dari luar Moulin Róuge..sepanjang Rue Blanche macam2 ada…hehehe.. hanya untuk orang laki la..
Penulis juga mengambil peluang untuk melawat Eiffle Tower, Arc De Triomphe, Jardin Du Luxemborg (tempat pejabat senat), Stade De France, Notre Dame, Jardin Du Palais Royale, Forum Des Halles, Bazar De L’Hotel De Ville (pasaraya cam parkson) dan Carrefour di Montreal…Penulis juga telah menjejaki masjid di Paris…akhirnya jumpa juga setelah bertanya pada pak2 arab di Paris…Mosquee de Paris dan Institut Musulman terletak di Place Monge…Selatan Paris..
Dari segi makan…setakat ni daripada duta malaysia…KFC adalah Halal..hanya di paris sahaja… dan juga kedai2 pak arab..Untuk nak berkeliaran di paris, penulis syorkan naik metro (underground train)..senang dan mudah..
3) Monaco…ibu negerinya Monte Carlo…memang terkenal dengan litar F1 dan pemilik-pemilik bot mewah…serata dunia tidak ketinggalan yang memiliki bot akan belayar menuju ke Monte Carlo tambah-tambah lagi semasa perlumbaan F1..Perjalanan dari Livorno, Italy sesudah Subuh selama 7-8 Jam melintasi Bandar Genova dengan menaiki kereta..Awas bagi yang memandu kerana jalannya melalui bukit-bukau, gunung-ganang, cerun-cerun..Yang penting jangan bawa laju kerana terdapat juga selekoh-selekoh maut walaupun ia adalah lebuhraya.. Setiba penulis tiba Monte Carlo, teruja dengan keindahan dengan negara kecil ini..Bot-bot mewah memakir di sekitar pantai Monte Carlo..Dari atas bukit kelihatan air lautnya yang jernih..
Tidak lama penulis di Monte Carlo, penulis teruskan perjalanan menuju ke Cannes melalui bandar Nice.. Penulis tiba di Cannes sudah menghampiri waktu Maghrib..Terus sahaja memakir kereta di bawah Grand Auditorium yang pada masa itu sedang dalam persiapan untuk Festival Filem Sedunia.. Penulis juga sempat bertemu dengan Pak Arab bersama familynya dan menanyakan restoran Halal dan Masjid..Bagus juga Pak Arab tu kerana sudi membawa terus penulis ke restoran Halal walaupun jauh dari Grand Auditorium..Sanggup meninggalkan familynya yang bersiar-siar di kawasan itu..Tapi penulis tak ingat kat jalan mana pasal mengikut Pak Arab…Cakap pun dah macam ayam dengan itik..sorang cakap france sorang cakap melayu…hahahaha…tapi yang penting dua2 paham.. Penulis dah jumpa restoran Halal yang dimiliki oleh warga Arab..macam biasa makan Kebab la…cepat kenyang…lepas tu penulis minta tolong dari anak laki tuan punya restoran untuk menunjukkan jalan ke Masjid…Alhamdulillah, anaknya sanggup membawa penulis ke Masjid..Masuk ke dalam Masjid, penulis melihat ramai yang sedang mengaji sambil menunggu masuk waktu Maghrib..Macam2 stail/posisi Pak Arab mengaji..dah macam baca buku cerita…tapi apapun penduduk Muslim yang majoritinya orang Arab semuanya peramah…Sempat juga penulis bergambar dengan Qariah Masjid tersebut termasuk dengan imamnya…
Selesai Solat Jamak, penulis berangkat pulang ke Livorno,Italy dan tiba pada waktu Subuh…
4) Penulis juga tidak ketinggalan untuk melihat negara yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler. Kita panggil negara Jerman…Bahasa Inggeris Germany..tetapi rakyatnya memanggil Deutschland…orang Italy panggil Alemania…banyak sungguh nama Jerman ni setelah bersatu antara Jerman Barat dan Jerman Timur… Penulis membuat pemanduan dari Livorno selepas Subuh.. Dalam perjalanan ke Munich, penulis berkesempatan untuk singgah di kawasan salji di Ponte DiLegno dan Passo Del Tonale, Utara Italy..Kawasan ini terkenal dengan sukan Ski..boleh ke laman web Adamello untuk mengenali kawasan tersebut.. Penulis sempat menaiki kereta kabel (Cable Car) untuk naik ke puncak Seggiovia Paradiso.Presena..Untuk menaiki kereta kabel ini, perlu membayar 10 Euro.. Selesai sahaja Menuju Puncak, penulis meneruskan perjalanan ke Munich..Dinasihatkan kepada yang memandu semasa musim sejuk agar membuat persiapan dengan membawa Tyre Chain dikuatiri jalan dipenuhi salji.. jalannya juga melalui lereng-lereng bukit dan sempit..Penulis tiba di Munich dalam waktu Maghrib..tapi tak tau nak tuju arah mana..penulis pun meneruskan perjalanan di sekitar Munich akhirnya melihat Stadium Arena (FC Bayern) bercahaya menunjukkan ada perlawanan sedang berlangsung..Dari segi luaran nampak seperti kulit ular..
5) Tanggal 23 Jun 2007, Penulis telah memulakan perjalanan ke Slovenia sesudah Subuh. Berbekalkan nasi goreng yang cukup menampung perut penulis dan sahabat penulis. Pemanduan mengambil masa 7 jam untuk tiba di Slovenia. Pada jam 5pm, penulis tiba di bandar Ljubljana, ibu negara Slovenia. Sebutannya Lubiana. Huruf ‘J’ bunyinya seperti ‘Y’. Keadaan sekelilingnya bersih, segar dan cantik seperti bandar Zurich, Switzerland. Ada sungai kecil yang merentasi bandar Ljubiana dan terdapat sampan melalui sungai tersebut. Produk jualan yang famous di sini adalah produk berasaskan kayu.
Penulis tak mengambil masa yang lama, seterusnya penulis bergerak ke Croatia atau nama lainnya Hrvatske. Penulis ingatkan Croatia ni dah masuk negara EU sepenuhnya tapi rupanya belum lagi. Penulis dikehendaki menyerahkan pasport untuk di cop. Penulis sudah pun keluar dari negara EU. Matawang yang digunakan masih lagi Kuna. Nilainya sama dengan Ringgit. Penulis tiba di Zagreb, ibu negara Croatia pada 8pm dan waktu keadaaan masih lagi cerah. Penulis mengambil peluang untuk bersiar dan melihat suasana sekeliling. Matawang Euro memang tak laku kat sini. Kena cari money changer. Jadi penulis tidak membeli apa-apa dan lepak seketika bersama dengan sahabat penulis. Dalam kul 10.30pm penulis pun mengambil keputusan untuk pulang.
6) Penulis telah mengambil kesempatan menghabiskan weekend di London. Tiket telah dibeli dan mula terbang pada 21 Jul 2007 kul 1155 am. Penulis menaiki flight di Airport Pisa, Italy dan mengambil masa penerbangan lebih kurang 4 jam. Penulis tiba Airport Gatwick London pada kul 4pm. Setiba di airport Gatwick, penulis telah membeli tiket keretapi untuk sehari dan tiket tu boleh digunakan untuk semua kenderaan awam kecuali teksi. Harga boleh check kat website ni. Penulis terus ke Hotel untuk check-in dulu. Penulis menginap di Waverly House di Southampton Row. Stesen Tube yang terdekat ialah Russell Square. Setelah check-in, penulis teruskan perjalanan ke Tower Bridge. Penulis turun di Stesen Tube London Bridge. Dari situ, penulis berjalan menuju ke Tower Bridge. Penulis telah melalui Hay’s Galeria dan HMS BELFAST sebuah kapal perang British jenis Destroyer. Dah jadi muzium kapal tu. Dalam masa yang sama, penulis mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan. Selepas Tower Bridge, penulis meneruskan perjalanan ke Tower of London. Penulis cari juga mana tower dia. Tak jumpa-jumpa pun. Yang ada bangunan macam castle dulu-dulu. Penulis meneruskan perjalanan ke tempat menarik seperti Royal Festival Hall, London Eye, Aquarium, Big Ben, Palace of Westminster a.k.a Houses of Parliament dan Westminster Abbey. Dari situ, penulis menaiki double decker menuju ke Buckingham Palace. Tiba kat situ pun dah kul 945pm tapi cuaca masih lagi cerah. Kemudian penulis berjalan menuju ke Piccadilly Circus. Jam menunjukkan 1030pm, penulis pun berangkat pulang ke hotel.
Hari kedua dan hari terakhir, penulis merancang untuk melawat stadium pasukan English Premier League. Cadang2nya nak pegi stadium Man Utd tapi jauh sangat. Stadium Anfield, Liverpool pun jauh gak. Penulis hanya berpeluang pegi stadium yang berada di sekitar London saja. Setelah check-out, penulis singgah di sebuah kedai souvenir yang berdekatan dengan hotel. Dapat la beli sedikit souvenir. Penulis berminat untuk mengumpul Fridge Magnet. Pertama skali, penulis ke Stadium highbury, Arsenal memandangkan stadium dekat je dgn stesen Tube. Boleh check kat website ni untuk mengetahui tempat-tempat menarik siap dengan cara nak pegi. Penulis tak pegi stadium emirates yang bersebelahan dengan stadium highbury memandangkan masa dah suntuk. Penulis dijangka menaiki flight pada kul 7.30pm. Kemudian, penulis ke Trafalgar Square. Kat situ memang tempat lepak la. Untuk nak lakukan sunburn pun boleh. Kat area situ juga terdapat The National Gallery tapi penulis tak masuk pun. Dalam perancangan penulis berhasrat untuk pergi ke Royal Albert Hall dengan menaiki double decker tapi yang Old double decker. Tunggu punya tunggu dapat juga naik Old double decker. Tak sangka juga di hadapan tempat penulis menaiki bas ada sebuah bangunan merupakan tempat Perdana Menteri Malaysia Pertama pergi semasa rombongan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Setiba di Royal Albert Hall ada karnival muzik yang sedang berlangsung di hadapan Royal Albert Hall. Sempat juga penulis beramah mesra dengan kakitangan karnival tersebut.
Hentian seterusnya, penulis telah pergi ke Hard Rock Shop. Ada la beli sedikit souvenir. Kemudian, penulis menaiki Tube dan terus ke Fulham Broadway. Singgah di Stadium Stamford Bridge, Chelsea. Takde game pun masa tu tapi season dah nak mula. Stadium tu pun tengah buat renovation. Penulis ke Megastore Chelsea. Banyak juga barang dan pakaian yang dijual murah (Clearance Sale). Penulis sempat membeli baju untuk anaknya yang bakal lahir awal tahun 2008. Selepas itu, penulis singgah sebentar di Indian Cuisine Halal yang berhampiran dengan Stesen Tube Fulham Broadway. Makan buffet nasi beriani dan minum fresh orange. Bayar dalam 5 pound sterling. Dah kenyang, bersiap-siap untuk ke airport. Jam pun dah menunjukkan kul 5pm. Tiba di airport dalam kul 6.30pm. Kul 7.30pm bertolak pulang dan tiba di Airport Pisa pada pukul 11.30pm. Kena la bayar park keta dalam 12 Euro.
……….. To Be Continued …………..
Like this:
Be the first to like this post.